Thursday, 9 June 2011

Candi Borobudur, Magelang, Indonesia

Borobudur, Candi Budha Terbesar di Abad ke-9

Candi Borobudor antara tarikan utama pelancong ke Jawa Tengah. Borobudur merupakan candi terbesar di Indonesa yang terletak di Magelang, Jawa Tengah. Selain di jadikan pusat tumpuan pelancongan candi ini turut menjadi pusat ibadat penganut Buddha di Indonesia khususnya pada perayaan Wesak. Jutaan orang mendamba untuk mengunjungi bangunan yang termasuk dalam World Wonder Heritages ini.
Sempat bergambar berlatar belakangkan Borobudur  - "tingginya candi ni boleh ker aku dgn anak2 nak panjat ni"

Nama Borobudur bermaksud biara di perbukitan ini diambil daripada perkataan 'bara' yang  bermaksud candi atau biara dan 'bedehur' bermaksud perbukitan atau tempat tinggi dalam bahasa Sanskrit.
akhirnya..aku berjaya juga panjat hingga ke puncak Borobudur..

Candi 10 tingkat berbentuk piramid ini terdiri daripada 6 tingkat berbentuk segi empat, 3 tingkat berbentuk bulat dan sebuah stupa utama sebagai puncaknya. Di setiap tingkat terdapat beberapa stupa yang menjadikan jumlah stupa secara keseluruhannya sebanyak 72 buah dengan setiap satunya mengandungi patung Buddha. Setiap tingkatan melambangkan tahapan kehidupan manusia. Sesuai mahzab Budha Mahayana, setiap orang yang ingin mencapai tingkat sebagai Budha mesti melalui setiap tingkatan kehidupan tersebut.
Patung Buddha...
Borobudur dibina tanpa menggunakan semen atau pelekat. Batuan di ambil dari sungai sekitar candi dipotong, diangkut dan di sambung mengikut bentuk seperti permainan lego.

Borobudur dipercayai dibina oleh penganut agama Buddha Mahayana ketika zaman pemerintahan Wangsa Syailendra. Candi ini dibangunkan pada masa kejayaan dinasti Syailendra di bawah pemerintahan Raja Samaratungga yang berasal dari dinsti Syailendra.

Berabad-abad lamanya candi ini tidak digunakan sebelum sebahagian besar monumen ini dilitupi tanah dan debu volkanik akibat ketusan gunung berapi yang menimpa kawasan tersebut. Berada di puncak candi kita akan melihat keindahan gunung-ganang berkabus di sekitarnya.


Kini Borobudur cukup terkenal di dunia sebagai Candi terbesar buddha.Tapak warisan dunia yang mengagumkan.

sweet Jogja..

Pengalaman melawat Jogja memang suatu pengalaman yang manis buat aku..kerana ini lah pertama kali aku melangkah keluar daripada Malaysia dan terus terang aku ingin nyatkan di sini aku memang sudah jatuh cinta dgn Jogja, org2 di sekelilingnya mmg memang amat baik sekali. Kenangan yang cukup manis dan berharga buat aku. dan insyallah kalau di izinkan Allah..aku sekali lagi ingin menjejak kaki ke sini lagi...LOVE JOGJA...full of culture at the same time very friendly people..

catatan kenangan aku pada
6hb - 10hb Februari 2010

sekian

Wednesday, 8 June 2011

Universal Studio Singapore Theme Park @ Sentosa


Gambar Di Universal Studios Singapore

salam..dah agak lama aku tak update blog nie..hari ni aku nak sembang pasal pengalaman ke Universal Studio Singapore yang memang terbaaeekkkkk

Pada hari Sabtu yang lalu 28hb Mei 2011 (cuti sekolah), aku dan kawan2 baik aku kak ila dan balkis  telah berpeluang untuk memergikan diri ke Universal Studios Singapore! yeah!..percayalah kami
telah pergi ke sana.


ok..kita org check in di Tune Hotel JB, semua ni kitaorg planning dari tahun lepas 2010 duit bonus kitaorg... booking hotel and tiket USS just online saja semua di hujung jari anda...Dari Tune Hotel..tiket pergi balik naik bus canggih rm23..sumpah berbaloi..manakala tiket untuk masuk universal studios pula adalah sebanyak $72..lebey kurang rm180..

Seawal 630 pagi..aku dah bangun dan kejutkan anak2 dan suami,teruja sangat ni nak ke USS, sebelum tu kitaorg sempat utk breakfast dulu..isi perut sampai kenyang...ini perut kena puasa smpai mlm..hhehehe... bas kitaorg bertolak pukul 8.30pagi dan kami telah diberitahu bas utk balik ke JB ialah 9.30mlm. WAAAAHHHH besssss..sempat lah nak buat apa pun..

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam..dan akhirnya sampai. 

 Jom naik eskelator untuk ke atas sana...sana..sana!!

Bagi mereka yang jarang atau tidak pernah ke sana dicadangkan untuk mengambil pakej perjalanan menggunakan van yang meliputi tambang pergi balik dan tiket untuk masuk ke Universal Studios. Pakej ini boleh didapati jika kita menginap di Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bahru. Perjalanaan dengan van adalah lebih cepat kerana bilangan penumpang yang tidak ramai terutama untuk melepasi kawasan imigresen berbanding dengan bas. Bas juga boleh didapati di sini dengan kadar tambang yang lebih murah. (Terdapat juga bas khas yang bergerak mengikut jadual (4 trip sehari pergi balik) 

1st time hadi dan aus naik bas

Hotel ini juga menyediakan kawasan letak kenderaan yang agak banyak secara percuma. Sebaiknya tempah sekali tiket masuk kerana tiket-tiket masuk untuk sesuatu hari boleh sold out lebih-lebih lagi pada hujung minggu. . Cara lain ialah dengan mengambil bas awam yang bertolak terus ke Universal Studios dari Stesyen Kotaraya di bandar Johor Bahru.

USS Globe - Shot wajib untuk setiap visitor!
 

Objek dan Karakter Jalanan 

Yellow Cab New York, nape???
Tak percaya..

Terdapat beberapa objek asal yang diletakkan di tepi jalan untuk menggambarkan suasana  di tempat tersebut.  

Suasana di New York
Betty Boop..
Nama beberapa bintang terkenal diabadikan 
di jalanan antaranya John Travolta

Terdapat juga beberapa karakter jalanan yang berlegar di dalam kawasan Universal Studios yang muncul mengikut masa. Jika bernasib baik dapatlah snap foto. Jika mahu bergambar secara pribadi terpaksalah berbaris panjang. Jadi ambil gambar secara curi adalah lebih mudah. Antara karakter tersebut ialah Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Frankenstein dan Panda Bear.



HOLLYWOOD STREET
alololo..manisnya budak aus ni...

and mama dia pun apa kurangnya...heheh..:) muaahh
I was in USS wit my sweet bff :)

Bangunan ini terletak di dalam kawasan tema Far Far Away. Di dalam bangunan ini juga diadakan pertunjukan wayang 4D The Shrek. Bersedialah untuk mengalami adventure di kerusi-kerusi mekanikal mengikut jalan cerita yang ditayangkan umpamanya ketika Shrek menaiki kereta kuda kerusi yang kita duduk juga bergerak bersama2 Shrek dan paling tak senonoh Shrek dan kawan-kawannya selalu bersin ke muka kita! nah rasakan air liur mereka di wajah anda OOooowwwh sgt best.. dengan effects yg tak disangka... Walaupon beratur agak lama..tp it’s worth!


Di Madagascar pun sama..tak tahu lah nak cerite camne lagi... mmg kena pegi sendiri...teruja sungguh

Walaupun berjalan dan makan angin, tentang halal haram mesti dijaga dan kewajipan mesti ditunaikan. Untuk pengetahuan, taman tema Universal Studios ada menyediakan banyak pilihan restoran halal bagi kemudahan pengunjung beragama Islam. Pilihlah salah satu yang ada dalam senarai brosur mengikut selera sendiri kerana di dalan brosur tersebut setiap kedai makanan sudah di letakkan tanda HALAL. Kami sekeluarga memilih untuk makan di Restoran Casa De Wild yang terletak dalam kawasan Madagascar.



Waterworld Live Show
 
Penonton hampir memenuhi tempat duduk pertunjukan Water World dalam kawasan tema The Lost World. Pertunjukan di sini diadakan mengikut masa tertentu kerana ia menyediakan lakonan secara langsung. Kami masih sempat menonton persembahan akhir pada pukul 6.30petang. HEBAT...itu yang mampu dikatakan.
 
Explosions bom dan fire dia memang semua real!

Shop till you drop~
CHOCOLATE WORLD...
MADAGASCAR...
Sweet Alex ...
ANCIENT EGYPT : REVENGE OF THE MUMMY

USS  menyediakan pelbagai tarikan untuk pengunjung-pengunjungnya. Diantaranya ialah Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar. Pengunjung-pengunjung boleh mencuba atau merasai sendiri semua kemudahan yang disediakan. Setengah kemudahan memerlukan had ketinggian minima untuk menggunakannya.

Tarikan bagi setiap tema :
* Hollywood - Pantages Hollywood Theatre
* New York - Lights, Camera, Action dan Stage 28
* Sci-Fi city - Battlestar Galactica CYCLON, HUMAN dan Accelerator
* Ancient Egypt - Revenge of The Mummy dan Treasure Hunters
*The Lost World - Jurassic Park Rapids Adventure, Canopy Flyer, Dino-Soarin, Amber Rock Climb dan Waterworld
* Far Far Away - Shrek 4-D Adventure, Donkey Live, Enchanted Airways dan Magic Potion Spin
* Madagascar - A Crate Adventure dan King Julien's Beach Party-Go-Round

last but not least, pergilah melancong, segala2nya ada di singapore!

bnyk lg games yg best2 kat singapore tuh ha!! cuma aku je tak sempat nak masuk semua.. anak2 dah meragam sangat-sangat ..apa pun mana yang sempat aku masuk dan main game semua aku main double dan triple mmg bebaloi...

ok nih total perbelanjaan aku seorang jer: 
Sila KAGUM

Tambang bas Tune Hotel JB ke USS = rm23
Tiket USS = rm180
Souvenir = rm254
Total = rm434

Murah laa gile!! sila pergi sekarang!!!
till then...bai bai