Thursday, 9 June 2011

Candi Borobudur, Magelang, Indonesia

Borobudur, Candi Budha Terbesar di Abad ke-9

Candi Borobudor antara tarikan utama pelancong ke Jawa Tengah. Borobudur merupakan candi terbesar di Indonesa yang terletak di Magelang, Jawa Tengah. Selain di jadikan pusat tumpuan pelancongan candi ini turut menjadi pusat ibadat penganut Buddha di Indonesia khususnya pada perayaan Wesak. Jutaan orang mendamba untuk mengunjungi bangunan yang termasuk dalam World Wonder Heritages ini.
Sempat bergambar berlatar belakangkan Borobudur  - "tingginya candi ni boleh ker aku dgn anak2 nak panjat ni"

Nama Borobudur bermaksud biara di perbukitan ini diambil daripada perkataan 'bara' yang  bermaksud candi atau biara dan 'bedehur' bermaksud perbukitan atau tempat tinggi dalam bahasa Sanskrit.
akhirnya..aku berjaya juga panjat hingga ke puncak Borobudur..

Candi 10 tingkat berbentuk piramid ini terdiri daripada 6 tingkat berbentuk segi empat, 3 tingkat berbentuk bulat dan sebuah stupa utama sebagai puncaknya. Di setiap tingkat terdapat beberapa stupa yang menjadikan jumlah stupa secara keseluruhannya sebanyak 72 buah dengan setiap satunya mengandungi patung Buddha. Setiap tingkatan melambangkan tahapan kehidupan manusia. Sesuai mahzab Budha Mahayana, setiap orang yang ingin mencapai tingkat sebagai Budha mesti melalui setiap tingkatan kehidupan tersebut.
Patung Buddha...
Borobudur dibina tanpa menggunakan semen atau pelekat. Batuan di ambil dari sungai sekitar candi dipotong, diangkut dan di sambung mengikut bentuk seperti permainan lego.

Borobudur dipercayai dibina oleh penganut agama Buddha Mahayana ketika zaman pemerintahan Wangsa Syailendra. Candi ini dibangunkan pada masa kejayaan dinasti Syailendra di bawah pemerintahan Raja Samaratungga yang berasal dari dinsti Syailendra.

Berabad-abad lamanya candi ini tidak digunakan sebelum sebahagian besar monumen ini dilitupi tanah dan debu volkanik akibat ketusan gunung berapi yang menimpa kawasan tersebut. Berada di puncak candi kita akan melihat keindahan gunung-ganang berkabus di sekitarnya.


Kini Borobudur cukup terkenal di dunia sebagai Candi terbesar buddha.Tapak warisan dunia yang mengagumkan.

sweet Jogja..

Pengalaman melawat Jogja memang suatu pengalaman yang manis buat aku..kerana ini lah pertama kali aku melangkah keluar daripada Malaysia dan terus terang aku ingin nyatkan di sini aku memang sudah jatuh cinta dgn Jogja, org2 di sekelilingnya mmg memang amat baik sekali. Kenangan yang cukup manis dan berharga buat aku. dan insyallah kalau di izinkan Allah..aku sekali lagi ingin menjejak kaki ke sini lagi...LOVE JOGJA...full of culture at the same time very friendly people..

catatan kenangan aku pada
6hb - 10hb Februari 2010

sekian

No comments:

Post a Comment