Gambar Di Universal Studios Singapore
salam..dah agak lama aku tak update blog nie..hari ni aku nak sembang pasal pengalaman ke Universal Studio Singapore yang memang terbaaeekkkkk
Pada hari Sabtu yang lalu 28hb Mei 2011 (cuti sekolah), aku dan kawan2 baik aku kak ila dan balkis telah berpeluang untuk memergikan diri ke Universal Studios Singapore! yeah!..percayalah kami telah pergi ke sana.
ok..kita org check in di Tune Hotel JB, semua ni kitaorg planning dari tahun lepas 2010 duit bonus kitaorg... booking hotel and tiket USS just online saja semua di hujung jari anda...Dari Tune Hotel..tiket pergi balik naik bus canggih rm23..sumpah berbaloi..manakala tiket untuk masuk universal studios pula adalah sebanyak $72..lebey kurang rm180..
Seawal 630 pagi..aku dah bangun dan kejutkan anak2 dan suami,teruja sangat ni nak ke USS, sebelum tu kitaorg sempat utk breakfast dulu..isi perut sampai kenyang...ini perut kena puasa smpai mlm..hhehehe... bas kitaorg bertolak pukul 8.30pagi dan kami telah diberitahu bas utk balik ke JB ialah 9.30mlm. WAAAAHHHH besssss..sempat lah nak buat apa pun..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam..dan akhirnya sampai.
Jom naik eskelator untuk ke atas sana...sana..sana!! |
Bagi mereka yang jarang atau tidak pernah ke sana dicadangkan untuk mengambil pakej perjalanan menggunakan van yang meliputi tambang pergi balik dan tiket untuk masuk ke Universal Studios. Pakej ini boleh didapati jika kita menginap di Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bahru. Perjalanaan dengan van adalah lebih cepat kerana bilangan penumpang yang tidak ramai terutama untuk melepasi kawasan imigresen berbanding dengan bas. Bas juga boleh didapati di sini dengan kadar tambang yang lebih murah. (Terdapat juga bas khas yang bergerak mengikut jadual (4 trip sehari pergi balik)
| 1st time hadi dan aus naik bas |
Hotel ini juga menyediakan kawasan letak kenderaan yang agak banyak secara percuma. Sebaiknya tempah sekali tiket masuk kerana tiket-tiket masuk untuk sesuatu hari boleh sold out lebih-lebih lagi pada hujung minggu. . Cara lain ialah dengan mengambil bas awam yang bertolak terus ke Universal Studios dari Stesyen Kotaraya di bandar Johor Bahru.
USS Globe - Shot wajib untuk setiap visitor!
Objek dan Karakter Jalanan
| Yellow Cab New York, nape??? Tak percaya.. |
Terdapat beberapa objek asal yang diletakkan di tepi jalan untuk menggambarkan suasana di tempat tersebut.
Suasana di New York |
| Betty Boop.. |
Nama beberapa bintang terkenal diabadikan di jalanan antaranya John Travolta |
Terdapat juga beberapa karakter jalanan yang berlegar di dalam kawasan Universal Studios yang muncul mengikut masa. Jika bernasib baik dapatlah snap foto. Jika mahu bergambar secara pribadi terpaksalah berbaris panjang. Jadi ambil gambar secara curi adalah lebih mudah. Antara karakter tersebut ialah Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Frankenstein dan Panda Bear.
HOLLYWOOD STREET alololo..manisnya budak aus ni... and mama dia pun apa kurangnya...heheh..:) muaahh |
Di Madagascar pun sama..tak tahu lah nak cerite camne lagi... mmg kena pegi sendiri...teruja sungguh
Walaupun berjalan dan makan angin, tentang halal haram mesti dijaga dan kewajipan mesti ditunaikan. Untuk pengetahuan, taman tema Universal Studios ada menyediakan banyak pilihan restoran halal bagi kemudahan pengunjung beragama Islam. Pilihlah salah satu yang ada dalam senarai brosur mengikut selera sendiri kerana di dalan brosur tersebut setiap kedai makanan sudah di letakkan tanda HALAL. Kami sekeluarga memilih untuk makan di Restoran Casa De Wild yang terletak dalam kawasan Madagascar.
Waterworld Live Show
Penonton hampir memenuhi tempat duduk pertunjukan Water World dalam kawasan tema The Lost World. Pertunjukan di sini diadakan mengikut masa tertentu kerana ia menyediakan lakonan secara langsung. Kami masih sempat menonton persembahan akhir pada pukul 6.30petang. HEBAT...itu yang mampu dikatakan.
Explosions bom dan fire dia memang semua real!
| Shop till you drop~ |
| CHOCOLATE WORLD... |
| MADAGASCAR... |
| Sweet Alex ... ANCIENT EGYPT : REVENGE OF THE MUMMY |
Tarikan bagi setiap tema :
* Hollywood - Pantages Hollywood Theatre
* New York - Lights, Camera, Action dan Stage 28
* Sci-Fi city - Battlestar Galactica CYCLON, HUMAN dan Accelerator
* Ancient Egypt - Revenge of The Mummy dan Treasure Hunters
*The Lost World - Jurassic Park Rapids Adventure, Canopy Flyer, Dino-Soarin, Amber Rock Climb dan Waterworld
* Far Far Away - Shrek 4-D Adventure, Donkey Live, Enchanted Airways dan Magic Potion Spin
* Madagascar - A Crate Adventure dan King Julien's Beach Party-Go-Roundlast but not least, pergilah melancong, segala2nya ada di singapore!
bnyk lg games yg best2 kat singapore tuh ha!! cuma aku je tak sempat nak masuk semua.. anak2 dah meragam sangat-sangat ..apa pun mana yang sempat aku masuk dan main game semua aku main double dan triple mmg bebaloi...
ok nih total perbelanjaan aku seorang jer:
Sila KAGUM
Tambang bas Tune Hotel JB ke USS = rm23
Tiket USS = rm180
Souvenir = rm254
Total = rm434
Murah laa gile!! sila pergi sekarang!!!
till then...bai bai

ade num contact tune hotel x?
ReplyDelete